Kisah Nabi Adam dan Hawa
Posted by Bustamam Ismail on October 23, 2008
Syurga yang serba nikmat
Segala
kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan,
tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat
indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut
riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan
makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam
sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT
di dalam Syurga (Jannah).Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara,
tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan,
menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di
seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya
kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil
berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul,
seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam
a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh
malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian,
lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan
yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja,
bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang
ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di
bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya
bagai mengandung pembangkit rindu.
Apa
saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya
kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah
satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia
perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan
mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala
kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang
mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan,
tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi
lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana
daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup,
maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya
sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan
Tuhan kepadanya.
Tetapi
walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah
SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri
Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya.
Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Tatkala
Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk
mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk
yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun
datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam
a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.
Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada
malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung
sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan
apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan
oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu
cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s,
sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang
dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia
boleh bermesra dan bersenda gurau.
Hawa
duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang
bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona
memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang
terbaring, tak jauh di depannya.
Butir-butir
fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan
arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang
langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran
jiwanya seketika itu.
Adam
terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk
manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah
tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya
beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa
yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya
sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan
senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata
yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang
dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi
dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan,
kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat
keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona
serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia
adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu
akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka
ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang
dibelakangnya.
Adam
a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada
dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh
Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua
kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan
itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di
belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar
manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan
dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam
a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka
matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang
asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun
benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk
fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu
manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta
merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah
perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya
gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia
tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya
menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang
menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam
terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala
puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di
dalam syurga.
Tuhan
menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta
menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya
dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s
ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala
yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling
harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh,
hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan
untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih
sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada
suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan
indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak
pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil
si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya
menimbulkan semangat.
Kata-kata
yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan
terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu
nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam
a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari
Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan.
Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan.
Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan
mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada
Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s
menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya
halus, penuh kemesraan.
“Aku
malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi
isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka
sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan
mendatangi.
Hawa
bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia
sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah
haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak
dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam
a.s yang sungguh indah.
Adam
a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati.
Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu
perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu
bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada
dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala
sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya
kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Allah
SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin
kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan
gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur
mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran
berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula
kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon
“Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala
puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala
kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di
bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para
penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua
ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid
kepada-Ku!”.
Setelah
akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari
menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada
kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam
a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. Hawa
menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?”
tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan
dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah
sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah
pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan.
Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima.
Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar.
Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima
mahar adalah benar.
Mahar perkahwinan Adam
Pergaulan
hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita
akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini
apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan
Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi!
Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak
atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau
solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan
penuh pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan
jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah
hamba-Mu jalan keluar!”. Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah
selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang
membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari
para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh
kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai
Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah
(serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu
berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua
akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam
syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah
ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan.
Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan
disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah
berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu
keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar
luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji
bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang
beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami
berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang
petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku,
nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka
bersedih hati.”
0 komentar:
Posting Komentar